Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hadis

Kedudukan Tangan Ketika Sujud, Rapat Atau Renggang Dari Tubuh?

TATACARA SOLAT BERKUALITI #13 SUJUD [BAHAGIAN 8] Kedudukan Tangan Ketika Sujud Kedudukan tangan Nabi SAW ketika sujud ialah: 1.      Nabi SAW merenggangkan lengan daripada tubuh. Ia disebut dalam hadis: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW merenggangkan kedua2 belah tangannya daripada sisinya sehingga kelihatan putih ketiak Baginda SAW. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Hikmah merenggangkan tangan dan tubuh semasa sujud adalah lebih dekat dengan perasaan rendah diri, lebih mampu untuk menekankan dahi ke bumi dan memperbezakan daripada gambaran malas. 2.      Mengangkat siku. Nabi SAW juga mengangkat sikut daripada tanah sebagaimana hadis: Maksudnya: “Apabila sujud, letakkanlah kedua2 telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu.” (Riwayat Muslim dan Ahmad) 3.      Merapatkan jari2. Terdapat hadis yang menyebut: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW apabila rukuk, Nabi membuka...

Kesimpulan Topik Sujud

TATACARA SOLAT BERKUALITI #13 SUJUD [BAHAGIAN 8] Kesimpulan Sujud Pandangan yang lebih hampir dengan sifat solat Nabi SAW adalah dengan mendedahkan dahi ke tempat sujud. Ia berdasarkan hadis sahih yang jelas iaitu: Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh (anggota) tidak ditutupi oleh rambut dan baju.” (Riwayat al-Bukhari) Adapun hadis sahabat sujud di atas hujung baju, ia hanyalah dalam keadaan tertentu yang darurat sahaja, seperti panas, atau sejuk atau batu2 agak tajam dan keras. Manakala dalam keadaan biasa, elok mengambil azimah dan keluar daripada khilaf. Demikianlah juga pandangan Imam Ahmad dan Ibn Qudamah. Bagaimanapun ulama bersepakat mengatakan solat tidak batal jika sujud beralas baju dan rambut, Cuma makruh dan kerana ia seolah2 seorang yang takbur. FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN BAB 3 Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com/2018/05/kedudukan-dahi-semasa-sujud.html

Kedudukan Dahi Semasa Sujud?

TATACARA SOLAT BERKUALITI #13 SUJUD [BAHAGIAN 7] Keadaan Dahi Semasa Sujud Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Kemudian terus sujud sehingga berhenti sekejap dalam keadaan sujud.” (Riwayat al-Bukhari) Manakala sifat sujud yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. adalah wajib meletakkan dahi di atas bumi, dan menekankan dahi ke bumi, dalilnya ialah: Maksudnya: “Apabila kamu bersujud, hendaklah kamu menekankan dahimu ke bumi dan jangan mencecah cepat semata2.” (Riwayat Ibn Hibban, dianggapnya sahih) Hadis ini secara tidak langsung memberi maksud, dahi mestilah tidak tertutup semasa sujud. Justeru Imam Syafi’I berijtihad, wajib dahi terbuka dan tidak harus ada apa jua yang menghalang di antara dahi dan tempat sujud. Bagaimanapun terdapat hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa sahabat2 Nabi s.a.w. pernah meletakkan hujung baju mereka mengalas dahi ketika hari yang panas. Berdasarkan hadis ini dan qiyas bahawa seluruh anggota sujud yang lain...

Mestikah Hidung Mencecah Tempat Sujud?

TATACARA SOLAT BERKUALITI #13 SUJUD [BAHAGIAN 6] Mestikah Hidung Mencecah Tempat Sujud? Terdapat perbezaan ijtihad dalam keadaan sujud dengan hidung mencecah bumi. Majoriti mazhab berpendapat ia tidak wajib. Imam Ahmad pula mempunyai dua pandangan yang berbeza. Ibn Munzir telah menyatakan ijmak di kalangan sahabat untuk memastikan sentuhnya dahi dan hidung sekali gus. Namun jumhur ulama menyatakan dahi tanpa hidung adalah mencukupi dan Ibn Qudamah menafikan kesahihan ijmak yang disebutkan. Antaranya wajib berdasarkan hadis al-Bukhari dan Muslim yang mengarahkan agar sujud di atas 7 anggota, dan ketika Nabi s.a.w. menyebut dahi, Nabi s.a.w. menunjukkan hidungnya sekali (sebagaimana disebut dalam hadis sebelum ini). Imam Syafi’I menyebut bahawa sekiranya hidung tidak mencecah bumi, hukumnya hanyalah makruh sahaja. Bagi memastikan kesempurnaan dan kualiti solat, elok dipastikan kedua2 anggota tersebut dicecahkan ke tempat sujud. FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ...

Kedudukan Hujung Jari Kaki Ketika Sujud

TATACARA SOLAT BERKUALITI #13 SUJUD [BAHAGIAN 5] Kedudukan Hujung Jari Kaki Berdasarkan apa yang dihuraikan oleh Imam al-Nawawi, anggota yang dikira ialah telapak bagi kedua2 tangan dan yang dikira bagi kaki ialah permukaan jari2 kaki, dan paling minima untuk melaksanakan arahan daripada hadis di atas adalah jika ada satu jari yang betul kedudukannya. Ini bermakna kedudukan hujung jari kaki mestilah seperti gambar pertama yang disediakan: Jika jari kaki tidak pada kedudukan sedemikian, adakah solat menjadi batal? Jawapannya berbeza menurut ijtihad ulama seperti berikut: ·          Hanafi, Syafi’I (menurut al-Nawawi) dan Hanbali: Solat boleh terbatal kerana ia anggota wajib. ·          Maliki: Tidak batal kerana anggota sujud yang wajib hanyalah dahi. Pandangan terpilih dan yang lebih selamat ialah menjaga kedudukan jari kaki agar dibengkokkan sebagaimana dalam gambar. Kelua...

Tujuh Anggota Sujud

TATACARA SOLAT BERKUALITI #13 SUJUD [BAHAGIAN 4] Tujuh Anggota Sujud Ulama bersepakat bahawa sujud yang sempurna mestilah dilakukan di atas tujuh anggota. Majoriti mazhab iaitu Hanafi, Maliki dan Syafi’I berpendapat yang wajib hanyalah dahi. Sekiranya tertinggal mana2 anggota, solat tidaklah batal. Namun menurut mazhab Syafi’I jika bahagian dahi tidak diletakkan sebetulnya di atas tempat sujud sehingga kira2nya berat kepala terletak di atas tempat sujud. Jika keadaan demikian tidak berlaku, wajib mengulangi sujud. Kewajiban untuk sujud di atas tujuh anggota ini berdasarkan hadis Ibn Abbas r.a. yang sahih: Maksudnya: “Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud: Di atas dahi – dan Nabi s.a.w. menunjukkan ke arah dahinya dan kedua2 belah tangan, dan kedua2 lutut dan kedua hujung kaki.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN BAB 3 Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.my/2018/05/m...

Majoriti Kata Letak Lutut Dahulu Ketika Sujud

TATACARA SOLAT BERKUALITI #13 SUJUD [BAHAGIAN 3] ii. Letak Lutut Dahulu Ibn Qayyim menyebut bahawa Nabi s.a.w. meletakkan kedua2 lututnya dahulu sebelum tangannya, kemudian dahinya dan hidungnya. Ini ialah yang sahih, yang diriwayatkan oleh Syuraik bin Abullah al-Nakha’ie, daripada ‘Asim bin Kulaib, daripada ayahnya, daripada Wail bin Hujr: Maksudnya: “Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. apabila sujud, meletakkan kedua2 lututnya sebelum tangannya, dan apabila bangkit mengangkat kedua2 belah tangannya sebelum lutut.” (Riwayat Abu Daud, al-Nasa’I, 2/207. Sahih oleh Ibn Hibban) Hadis Syuraik agak kurang kuat. Bagaimanapun, Syeikh Syu’naib Arnout berkata, majoriti ahli ilmu memakai hadis ini dan beramal dengannya. Imam Syafi’I dan mazhab Syafi’I mengutamakan lutut dahulu, demikian adalah pendapat majoriti ulama. Ibn Munzir berkata ia juga pandangan Umar al-Khattab, juga Sufyan al-Thawry, Ahmad, Ishak Rahawaih dan mazhab Hanafi. Ibn Qayyim menguatkan huja...

Letak Tangan Dahulu Ketika Sujud?

TATACARA SOLAT BERKUALITI . #13 SUJUD [BAHAGIAN 2] Beberapa Perkara Penting Tentang Sujud Adakah lutut atau tangan yang perlu mencecah tanah terlebih dahulu semasa turun untuk sujud? Terdapat perbezaan ijtihad ulama yang agak besar dalam meneliti kekuatan hadis dalam bab ini. Antara dua pandangan yang ketara perbezaannya ialah: i.               Turun tangan dahulu. Kumpulan ulama ini bersandarkan kepada hadis berikut: Maksudnya: “Nabi s.a.w. meletakkan kedua2 tangannya ke bumi sebelum dua lututnya.” (Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Dar Qutni) Maksudnya: “Apabila seseorang kamu sujud, maka janganlah kamu turun sebagaimana turunnya unta, hendaklah kamu meletakkan kedua2 tanganmu sebelum lututmu.” (Riwayat Abu Daud) Ulama yang menyokong meletakkan tangan dahulu ialah Imam Malik, Imam al-Awza’ie dan salah satu pandangan Imam Ahmad dan ramai ahli hadis termasuk Nasiruddin al-Albani, telah ...

Sujud Adalah Salah Satu Rukun Solat

TATACARA SOLAT BERKUALITI #13 SUJUD [BAHAGIAN 1] Selepas melakukan iktidal serta selesai membaca bacaan2nya, kemudian kita melakukan sujud. Ia merupakan salah satu rukun solat yang terpenting. Ia disepakati sebagai rukun dengan nas dan ijmak. Sebelum turun untuk sujud, kita dikehendaki mengucapkan takbir intiqal: ALLAHU AKBAR sambil terus sujud, tanpa perlu mengangkat kedua2 belah tangan menurut jumhur mazhab. FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN BAB 3 Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com/2018/05/bacaan-tambahan-ketika-berdiri.html

Bacaan Tambahan Ketika Berdiri

TATACARA SOLAT BERKUALITI #12 IKTIDAL [BAHAGIAN 3] Bacaan Tambahan Yang Terbaik Semasa Iktidal Sejurus selepas menyebut lafaz tadi, telah sabit daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda juga menambah selepas bacaan di atas dengan beberapa doa lain seperti: Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu segala pujian, yang memenuhi langit dan memenuhi bumi dan memenuhi apa jua yang dikau kehendaki, Tuan kepada segala pujian, dan tiada sesiapa mampu menghalang jika Dikau ingin memberi, serta tiada yang mampu memberi jika Dikau menghalang, serta tiadalah berguna kekayaan bagi orang yang kaya.” (Riwayat Muslim daripada Abi Said al-Khudri) Terdapat juga nas yang menunjukkan bacaan tambahan pendek berikut juga amat digalakkan kerana Nabi menyebut bahawa tatkala seorang sahabat membacanya, Baginda melihat sekitar 30 lebih malaikat berlumba2 untuk mencatanya: ربنا ولك الحمد حمدا طيبا مبار كا فيه Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu segala pujian, pujian yang a...

Bacaan Ketika Berdiri Dari Rukuk

TATACARA SOLAT BERKUALITI #12 IKTIDAL [BAHAGIAN 2] Bacaan Ketika Berdiri Ketika berdiri tegak semula disunatkan menyebut: ربنا ولك الحمد Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu segala pujian.” (Riwayat al-Bukhari) Adapun bagi makmum, mereka tidak perlulah membaca “sami’allahu liman hamidah” dan ia pandangan Ibn Mas’ud, Ibn Umar, Abu Hurairah, Malik dan Abu Hanifah menurut hadis: Maksudnya: “Apabila imam membaca ‘sami’allahu liman hamidah’ maka hendaklah kamu (makmum) menyebut ‘rabbana wa lakal hamd.’” (Riwayat al-Bukhari) Namun makmum harus untuk mengulangi lafaz “sami’allahu liman hamidah” menurut pandangan mazhab al-Syafi’i. FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN BAB 3 Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com/2018/04/iktidal.html

Iktidal

TATACARA SOLAT BERKUALITI #12 IKTIDAL [BAHAGIAN 1] Apabila selesai melakukan rukuk, diteruskan pula dengan iktidal, iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua2 tangan hingga sampai ke bahu atau telinga dengan jari2 terbuka sedikit seperti ketika TAKBIRATULIHRAM seraya membaca tasmi’, iaitu سمع الله لمن حمده Maksudnya: “Allah Maha Mendengar sesiapa yang memuji-Nya.” (Muttafaq ‘alaih) Dalil Perbuatan iktidal adalah wajib menurut Abu Hanifah kerana ia kemestian secara automatic bagi seseorang yang ingin menyempurnakan tamakninah. Namun majority ulama mazhab lain (mazhab Malik, Syafi’i dan Ahmad), menganggapnya rukuk solat. Ia berdasarkan hadis: Maksudnya: “Dan kemudian bangun (daripada rukuk) dan berdiri tegak (sehingga setiap tulang kembali ke tempatnya).” (Riwayat al-Bukhari, lafaz dalam kurungan riwayat Ahmad dan al-Hakim) FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN BAB 3 Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com...

Boleh Ke Baca Ayat Al Quran Ketika Rukuk?

TATACARA SOLAT BERKUALITI #11 RUKUK [BAHAGIAN 7] Doa Dan Bacaan Ayat Al-Quran Semasa Rukuk Nabi s.a.w. melarang daripada membaca apa jua ayat al-Quran semasa rukuk dan diarahkan untuk kita memperbesarkan Allah sebanyak mungkin ketika rukuk. Sebagaimana tercatat di dalam hadis berikut: Maksudnya: “Ketahuilah sesungguhnya aku telah dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk, adapun tatkala rukuk maka agungkanlah Allah s.w.t. manakala tatkala sujud, berusahalah dengan doa2 kerana ia waktu yang baik untuk mustajab.” (Riwayat Muslim) Jika kita lihat daripada salah satu bacaan Nabi semasa rukuk, kita akan dapati terdapatnya doa di sana iaitu: اللهم اغفرلي Ini menyebabkan beberapa ulama menyatakan harus berdoa di samping memperbesarkan Allah semasa rukuk. Sebahagian ulama lain pula membantah lalu menyatakan walaupun ia satu bentuk doa, tetapi ia doa yang ringkas sahaja. Doa panjang tidak digalakkan. Wallahu’alam. FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN...

Posisi Tubuh Badan Ketika Rukuk

TATACARA SOLAT BERKUALITI #11 RUKUK [BAHAGIAN 6] Kedudukan Belakang Badan Dan Kepala Semasa Rukuk Bagi memastikan rukun ini dilaksanakan dengan sempurna, kedudukan belakang semasa rukuk adalah amat penting. Posisi belakang ini telah diterangkan seperti berikut: Maksudnya: “Dan apabila (Nabi s.a.w.) rukuk, beliau menempatkan tangannya di lututnya dan tunduk meluruskan belakangnya.” (Riwayat al-Bukhari) Manakala posisi kepala ialah: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak menundukkan atau mendongak kepala tetapi bersederhana antara kedua2 posisi tadi.” (Riwayat Muslim, no 497, 1/357) Kedudukan Lengan Ijmak ulama menyatakan tangan perlu direnggangkan sedikit daripada kedua2 rusuk sekadar mampu. Demikian disebutkan oleh al-Tahawi. Ia diambil daripada hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi. FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN BAB 3 Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com/2018/04/keduduk...

Kedudukan Jari Ketika Rukuk

TATACARA SOLAT BERKUALITI #11 RUKUK [BAHAGIAN 5] Kedudukan Jari Ketika Rukuk Jari2 hendaklah diletakkan di atas lutut dan direnggakan. Ia pandangan semua mazhab yang empat berdasarkan hadis: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila rukuk, Nabi membuka (merenggangkan) jari2nya, dan apabila sujud Nabi merapatkan jari2nya.” (Riwayat Abu Daud, al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Dar Qutni) Ia juga amalan para sahabat Nabi s.a.w. seperti Umar, Ali, Sa’ad, Ibn Umar dan yang lainnya. FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN BAB 3 Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.my/2018/04/tamakninah-ketika-rukuk.html

Tamakninah Ketika Rukuk

TATACARA SOLAT BERKUALITI #11 RUKUK [BAHAGIAN 4] Tamakninah atau bertenang sebentar ketika rukuk Menjadi kewajiban menurut majoriti mazhab untuk seseorang yang rukuk supaya berhenti sekejap dalam keadaan rukuknya, paling minima ialah dengan kadar satu tasbih, sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi s.a.w.: Maksudnya: “Kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti sekejap dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak (iktidal serta tamakninah).” (Riwayat al-Bukhari) Jangka waktu Nabi s.a.w. berhenti sekejap sewaktu rukuk ialah sekadar jangka masa 20 kali tasbih, dan sujud Baginda juga demikian. Nabi juga kerap membaca sewaktu rukuknya. سبوح قدوس ربالملاءكة والروح Maksudnya: “Maha Suci Allah daripada segala sesuatu yang mengurangkan-Nya dan Maha Berkat, Tuhan Malaikat dan Ruh.” (Riwayat Muslim,   Abu Daud) FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN BAB 3 Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.my/2018/04/...

Kesimpulan Mengangkat Tangan Ketika Solat

TATACARA SOLAT BERKUALITI #11 RUKUK [BAHAGIAN 3] Kesimpulan Penulis berpendapat pandangan jumhur (majoriti) ulama ini adalah lebih elok untuk diikuti berdasarkan hadis2 yang jelas maksudnya dan sahid dari sudut sanadnya. Ini bermakna elok diamalkan mengangkat tangan ketika takbir di empat tempat, iaitu: 1.      Takbiratulihram. 2.      Takbir ketika ingin rukuk. 3.      Takbir ketika bangkit daripada rukuk. 4.      Takbir ketika bangkit daripada tahiyat awal. Wallahu`alam. FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN BAB 3 Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com/2018/04/nabi-saw-mengangkat-tangan-sebelum.html

Nabi SAW Mengangkat Tangan Sebelum & Selepas Rukuk

TATACARA SOLAT BERKUALITI #11 RUKUK [BAHAGIAN 3] Mengangkat Tangan Sebelum Dan Ketika Bangun Daripada Rukuk Sekumpulan ulama (iaitu mazhab Hanafi dan Sufyan al-Thawry_ memegang hadis daripada Ibn Mas’ud dan al-Barra bin ‘Azib: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. mengangkat kedua2 tangan Baginda ketika ihram satu kali, tidak lebih daripada itu.” Perkataan “tidak lebih daripada itu” dalam hadis di atas memberi maksud bahawa tiada tempat lain yang perlu untuk mengangkat tangan kecuali takbiratulihram. Bagaimanapun menurut majoriti ulama (iaitu Imam Syafi’I, Ahmad dan majority ahli hadis) yang berpegang kepada hadis2 lain, mereka mengatakan sunat mengangkat tangan di tempat2 berikut. *Tempat Angkat Tangan i.               Ketika takbiratulihram. Ia berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh 50 orang sahajabat. Antara mereka ialah 10 sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Nabi s....

Bacaan Nabi SAW Ketika Rukuk

TATACARA SOLAT BERKUALITI #11 RUKUK [BAHAGIAN 2] Bacaan Semasa Rukuk Manakala bacaan biasa yang dibaca oleh Nabi s.a.w. sebanyak tiga kali semasa rukuk ialah: سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ Maksudnya: “Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar.” Namun para ulama menyatakah harus untuk ditambah dengan bacaan bihamdihi di hujung bacaan itu berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Huzaifah. Namun al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani al-Syafi’I seorang pakar dalam bidang hadis (wafat 852 H), setelah beliau membawakan pelbagai riwayat berkenaan hal ini, beliau berkata: Maksudnya: “Adapun aku (Ibn Hajar), aku tidak menambah “wabihamdihi” (dalam tasbih rukuk dan sujud).” Jika ada sesiapa yang ingin menambah juga, eloklah mereka membaca sama seperti yang dibaca oleh Nabi daripada riwayat yang sahih iaitu: سبحا نك اللهم ربنا وبحمدك , اللهم اغفرلي Maksudnya: “Maha Suci Engkau wahai Tuhan. Ya Tuhan kami dan pujian bagi-Mu. Wahai Tuhan ampunkanlah daku.” (Riwaya...

Rukuk Dalam Solat

TATACARA SOLAT BERKUALITI #11 RUKUK [BAHAGIAN 1] Setelah selesai membaca surah2 yang pendek, kemudian lakukan rukuk, iaitu dengan mengangkat tangan setinggi telinga atau bahu sambil membaca “Allahu akbar”. Kemudian diteruskan dengan badannya membongkok, tangan memegang lutut dan ditekankan supaya antara punggung dan kepala rata. Sedangkan mata tetap memandang kearah tempat sujud ataupun kaki (telah dibincang sebelum ini). Para ulama sekali lagi berbeza pandangan dalam beberapa perkara di sekitar rukuk. Dalil Rukuk Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama2 orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah: 43) FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN BAB 3 Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com/2018/04/membaca-surah2-yang-pendek-ketika-solat.html