TATACARA SOLAT BERKUALITI
#13 SUJUD [BAHAGIAN 6]
Mestikah Hidung Mencecah Tempat Sujud?
Terdapat perbezaan ijtihad dalam keadaan sujud dengan hidung
mencecah bumi. Majoriti mazhab berpendapat ia tidak wajib. Imam Ahmad pula
mempunyai dua pandangan yang berbeza.
Ibn Munzir telah menyatakan ijmak di kalangan sahabat untuk
memastikan sentuhnya dahi dan hidung sekali gus. Namun jumhur ulama menyatakan
dahi tanpa hidung adalah mencukupi dan Ibn Qudamah menafikan kesahihan ijmak
yang disebutkan.
Antaranya wajib berdasarkan hadis al-Bukhari dan Muslim yang
mengarahkan agar sujud di atas 7 anggota, dan ketika Nabi s.a.w. menyebut dahi,
Nabi s.a.w. menunjukkan hidungnya sekali (sebagaimana disebut dalam hadis
sebelum ini).
Imam Syafi’I menyebut bahawa sekiranya hidung tidak mencecah
bumi, hukumnya hanyalah makruh sahaja. Bagi memastikan kesempurnaan dan kualiti
solat, elok dipastikan kedua2 anggota tersebut dicecahkan ke tempat sujud.
FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3
Artikel
sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com/2018/05/kedudukan-hujung-jari-kaki-ketika-sujud.html

Comments
Post a Comment