Hadis 33 Daripada Hadis 40 Nukilan Imam Nawawi (Bahagian 2)
Bukti Bagi
Menuduh & Sumpah Bagi Mengingkari
Hadis ini
pada riwayat al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Ibn Abu Mulaikah
mengatakan:
“Ibn Abbas
menulis bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah menetapkan sumpah untuk orang
menyangkal dakwaan.”
Pada
riwayat lain disebutkan sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sekiranya
manusia dikabulkan apa sahaja yang menjadi pengakuannya, nescaya orang akan
mudah menuntut darah dan harta orang lain. Akan tetapi, sumpah itu untuk orang
yang menyangkal dakwaan.”
Hadis ini
merupakan salah satu pokok hukum Islam dan sumber pegangan yang terpenting di
kala terjadi perselisihan dan permusuhan antara orang2 yang bersengketa.
‘Suatu
perkara tidak boleh diputuskan semata2 berdasarkan pengakuan atau tuntutan
daripada seseorang.’
Hadis 40 Imam Nawawi, Zahazan Mohamed &
Muhammad Zakaria.
Artikel sebelum ini ->
http://sspasli.blogspot.my/2017/10/kalau-nak-tuduh-kena-ada-bukti.html

Comments
Post a Comment