TATACARA
SOLAT BERKUALITI
#5 NIAT
[BAHAGIAN 3]
Kandungan
Asas Niat
Perkara
terpenting yang wajib dibuat semasa niat solat fardu ialah al-qasad dan
al-ta’yin. Iaitu mengehadkan jenis solat, seperti solat fardu atau sunat atau
qada, dan nama solat contohnya Asar, atau Maghrib.
Al-qasad
adalah perlu bagi membezakannya dengan amalan lain. Manakala al-ta’yin perlu
bagi membezakannya dengan solat2 yang lain. Kedua2 unsur ini adalah wajib
semasa berniat bagi mazhab Syafi’i. manakala meniatkan solat fardu sebagai
fardu pula ialah wajib juga menurut pendapat yang paling sahih dalam mazhab
Syafi’I dan beberapa mazhab lain.
Adapaun
menisbahkan solat itu adalah “kerana Allah”, “bilangan rakaat” dan “tunai”
bukan merupakan asas utama di dalam niat. Jesteru jika ia tertinggal atau
ditinggalkan, ia tidak memberikan kesan kepada niat.
Bagaimanapun
jika solat sebagai imam, makmum, qasar, jamak dan sebagainya, ia perlu
diniatkan sekali bersama2 unsur utama di atas.
Jika
seseorang itu menunaikan solat qada, mazhab Syafi’I tidak mensyaratkannya untuk
diniatkan sebagai qada. Demikian salah satu pendapat dalam mazhab Hanbali juga.
FORMULA
SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3
Artikel
sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com/2018/02/dalil-niat-ketika-solat.html

Comments
Post a Comment