TATACARA SOLAT BERKUALITI
#13 SUJUD [BAHAGIAN 7]
Keadaan Dahi Semasa Sujud
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Kemudian terus sujud sehingga berhenti sekejap
dalam keadaan sujud.”
(Riwayat al-Bukhari)
Manakala sifat sujud yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. adalah
wajib meletakkan dahi di atas bumi, dan menekankan dahi ke bumi, dalilnya
ialah:
Maksudnya: “Apabila kamu bersujud, hendaklah kamu menekankan
dahimu ke bumi dan jangan mencecah cepat semata2.”
(Riwayat Ibn Hibban, dianggapnya sahih)
Hadis ini secara tidak langsung memberi maksud, dahi mestilah
tidak tertutup semasa sujud. Justeru Imam Syafi’I berijtihad, wajib dahi
terbuka dan tidak harus ada apa jua yang menghalang di antara dahi dan tempat
sujud.
Bagaimanapun terdapat hadis sahih riwayat al-Bukhari dan
Muslim bahawa sahabat2 Nabi s.a.w. pernah meletakkan hujung baju mereka
mengalas dahi ketika hari yang panas. Berdasarkan hadis ini dan qiyas bahawa
seluruh anggota sujud yang lain tidak perlu dibuka, maka majoriti ulama daripada
mazhab Hanafi Maliki dan Hanbali mengharuskan dahi tertutup ketika sujud.
FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3
Artikel
sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.my/2018/05/mestikah-hidung-mencecah-tempat-sujud.html

Comments
Post a Comment