TATACARA SOLAT BERKUALITI
#11 RUKUK [BAHAGIAN 2]
Bacaan Semasa Rukuk
Manakala bacaan biasa yang dibaca oleh Nabi s.a.w. sebanyak
tiga kali semasa rukuk ialah:
سُبْحَانَ
رَبِّيَ الْعَظِيْمِ
Maksudnya: “Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar.”
Namun para ulama menyatakah harus untuk ditambah dengan
bacaan bihamdihi di hujung bacaan itu berdasarkan hadis yang diriwayatkan
daripada Huzaifah. Namun al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani al-Syafi’I seorang
pakar dalam bidang hadis (wafat 852 H), setelah beliau membawakan pelbagai
riwayat berkenaan hal ini, beliau berkata:
Maksudnya: “Adapun aku (Ibn Hajar), aku tidak menambah
“wabihamdihi” (dalam tasbih rukuk dan sujud).”
Jika ada sesiapa yang ingin menambah juga, eloklah mereka
membaca sama seperti yang dibaca oleh Nabi daripada riwayat yang sahih iaitu:
سبحا نك اللهم
ربنا وبحمدك, اللهم اغفرلي
Maksudnya: “Maha Suci Engkau wahai Tuhan. Ya Tuhan kami dan
pujian bagi-Mu. Wahai Tuhan ampunkanlah daku.”
(Riwayat al-Bukhari)
FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3
Artikel
sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com/2018/04/rukuk-dalam-solat.html
Sumber gambar -> https://pojipaad.wordpress.com/2010/04/19/perjalanan-umrah-kota-madinah-al-munawwarah/

Comments
Post a Comment