TATACARA SOLAT
BERKUALITI
#13 SUJUD [BAHAGIAN 8]
Kedudukan Tangan
Ketika Sujud
Kedudukan tangan Nabi
SAW ketika sujud ialah:
1. Nabi SAW merenggangkan lengan daripada tubuh.
Ia disebut dalam
hadis:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Nabi SAW merenggangkan kedua2 belah tangannya daripada sisinya
sehingga kelihatan putih ketiak Baginda SAW.
(Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Hikmah merenggangkan
tangan dan tubuh semasa sujud adalah lebih dekat dengan perasaan rendah diri,
lebih mampu untuk menekankan dahi ke bumi dan memperbezakan daripada gambaran
malas.
2. Mengangkat siku.
Nabi SAW juga
mengangkat sikut daripada tanah sebagaimana hadis:
Maksudnya: “Apabila
sujud, letakkanlah kedua2 telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu.”
(Riwayat Muslim dan
Ahmad)
3. Merapatkan jari2.
Terdapat hadis yang
menyebut:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Nabi SAW apabila rukuk, Nabi membuka (merenggangkan) jari2nya,
dan apabila sujud, Nabi merapatkan jari2nya.”
(Riwayat al-Baihaqi
dan al-Dar Qutni)
FORMULA SOLAT
SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3
Artikel
sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.my/2018/05/kesimpulan-topik-sujud.html

Comments
Post a Comment