TATACARA SOLAT
BERKUALITI
#11 RUKUK [BAHAGIAN 7]
Doa Dan Bacaan Ayat
Al-Quran Semasa Rukuk
Nabi s.a.w. melarang
daripada membaca apa jua ayat al-Quran semasa rukuk dan diarahkan untuk kita
memperbesarkan Allah sebanyak mungkin ketika rukuk. Sebagaimana tercatat di
dalam hadis berikut:
Maksudnya: “Ketahuilah
sesungguhnya aku telah dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk, adapun
tatkala rukuk maka agungkanlah Allah s.w.t. manakala tatkala sujud, berusahalah
dengan doa2 kerana ia waktu yang baik untuk mustajab.”
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
Jika kita lihat
daripada salah satu bacaan Nabi semasa rukuk, kita akan dapati terdapatnya doa
di sana iaitu:
اللهم
اغفرلي
Ini menyebabkan
beberapa ulama menyatakan harus berdoa di samping memperbesarkan Allah semasa
rukuk. Sebahagian ulama lain pula membantah lalu menyatakan walaupun ia satu
bentuk doa, tetapi ia doa yang ringkas sahaja. Doa panjang tidak digalakkan.
Wallahu’alam.
FORMULA SOLAT
SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3
Artikel
sebelum ini -> https://sspasli.blogspot.my/2018/04/posisi-tubuh-badan-ketika-rukuk.html

Comments
Post a Comment