TATACARA SOLAT
BERKUALITI
#11 RUKUK [BAHAGIAN 6]
Kedudukan Belakang
Badan Dan Kepala Semasa Rukuk
Bagi memastikan rukun
ini dilaksanakan dengan sempurna, kedudukan belakang semasa rukuk adalah amat
penting. Posisi belakang ini telah diterangkan seperti berikut:
Maksudnya: “Dan
apabila (Nabi s.a.w.) rukuk, beliau menempatkan tangannya di lututnya dan
tunduk meluruskan belakangnya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Manakala posisi kepala
ialah:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak menundukkan atau mendongak kepala tetapi
bersederhana antara kedua2 posisi tadi.”
(Riwayat Muslim, no
497, 1/357)
Kedudukan Lengan
Ijmak ulama menyatakan
tangan perlu direnggangkan sedikit daripada kedua2 rusuk sekadar mampu.
Demikian disebutkan oleh al-Tahawi. Ia diambil daripada hadis sahih yang
diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi.
FORMULA SOLAT
SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3
Artikel
sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com/2018/04/kedudukan-jari-ketika-rukuk.html

Comments
Post a Comment