Skip to main content

Letak Tangan Dahulu Ketika Sujud?


TATACARA SOLAT BERKUALITI
.
#13 SUJUD [BAHAGIAN 2]

Beberapa Perkara Penting Tentang Sujud

Adakah lutut atau tangan yang perlu mencecah tanah terlebih dahulu semasa turun untuk sujud?

Terdapat perbezaan ijtihad ulama yang agak besar dalam meneliti kekuatan hadis dalam bab ini. Antara dua pandangan yang ketara perbezaannya ialah:


i.              Turun tangan dahulu.
Kumpulan ulama ini bersandarkan kepada hadis berikut:
Maksudnya: “Nabi s.a.w. meletakkan kedua2 tangannya ke bumi sebelum dua lututnya.”
(Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Dar Qutni)

Maksudnya: “Apabila seseorang kamu sujud, maka janganlah kamu turun sebagaimana turunnya unta, hendaklah kamu meletakkan kedua2 tanganmu sebelum lututmu.”
(Riwayat Abu Daud)

Ulama yang menyokong meletakkan tangan dahulu ialah Imam Malik, Imam al-Awza’ie dan salah satu pandangan Imam Ahmad dan ramai ahli hadis termasuk Nasiruddin al-Albani, telah sabit daripada perbuatan Ibn Umar r.a. dan beliau mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melakukannya. Imam al-Bukhari juga berpandangan demikian.

Syeikh Ahmad Syakir seorang ahli hadis kontemporari mentarjihkan hadis Abu Hurairah (letakkan tangan dahulu) kerana hadis qawli juga diutamakan daripada hadis fe’li.

FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3



Comments

Popular posts from this blog

Apakah Yang Perlu Ada Dalam Niat Solat Kita?

TATACARA SOLAT BERKUALITI #5 NIAT [BAHAGIAN 3] Kandungan Asas Niat Perkara terpenting yang wajib dibuat semasa niat solat fardu ialah al-qasad dan al-ta’yin. Iaitu mengehadkan jenis solat, seperti solat fardu atau sunat atau qada, dan nama solat contohnya Asar, atau Maghrib. Al-qasad adalah perlu bagi membezakannya dengan amalan lain. Manakala al-ta’yin perlu bagi membezakannya dengan solat2 yang lain. Kedua2 unsur ini adalah wajib semasa berniat bagi mazhab Syafi’i. manakala meniatkan solat fardu sebagai fardu pula ialah wajib juga menurut pendapat yang paling sahih dalam mazhab Syafi’I dan beberapa mazhab lain. Adapaun menisbahkan solat itu adalah “kerana Allah”, “bilangan rakaat” dan “tunai” bukan merupakan asas utama di dalam niat. Jesteru jika ia tertinggal atau ditinggalkan, ia tidak memberikan kesan kepada niat. Bagaimanapun jika solat sebagai imam, makmum, qasar, jamak dan sebagainya, ia perlu diniatkan sekali bersama2 unsur utama di atas. Jika...

Salah Satu Langkah Menghilangkan Rasa Ngilu Ketika 'Bersama'

1 Langkah Mudah Menghilangkan Rasa Ngilu Ketika Bersama Dengan Isteri Rasa ngilu sering kali menyebabkan kaum suami mudah mengalami klimaks (cepat pancut). Ada yang tak sampai 1 minit bersetubuh pun sudah klimaks. Lebih parah, selepas klimaks, ereksi (ketegangan zakar) terus hilang. Mudah kata barang terus jatuh. === 1 Langkah Mudah Menghilangkan Rasa Ngilu Ketika Bersama Dengan Isteri === Rahsia tersebut adalah dengan mengekalkan kualiti kesihatan dan kecergasan tubuh badan pada tahap terbaik. Ini adalah penting di dalam usaha untuk mencegah punca-punca lemah tenaga lelaki yang seperti Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Jabatan Pembedahan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia gariskan iaitu: 1.       Kencing manis. 2.       Masalah tekanan darah. 3.       Kolestrol tinggi. 4.       Masalah kesih...

Tidak Boleh Dibuat Keputusan Berdasarkan Pengakuan Sahaja

Hadis 33 Daripada Hadis 40 Nukilan Imam Nawawi (Bahagian 2)   Bukti Bagi Menuduh & Sumpah Bagi Mengingkari Hadis ini pada riwayat al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Ibn Abu Mulaikah mengatakan: “Ibn Abbas menulis bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah menetapkan sumpah untuk orang menyangkal dakwaan.” Pada riwayat lain disebutkan sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya manusia dikabulkan apa sahaja yang menjadi pengakuannya, nescaya orang akan mudah menuntut darah dan harta orang lain. Akan tetapi, sumpah itu untuk orang yang menyangkal dakwaan.” Hadis ini merupakan salah satu pokok hukum Islam dan sumber pegangan yang terpenting di kala terjadi perselisihan dan permusuhan antara orang2 yang bersengketa. ‘Suatu perkara tidak boleh diputuskan semata2 berdasarkan pengakuan atau tuntutan daripada seseorang.’ Hadis 40 Imam Nawawi, Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria. Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.my/...