Skip to main content

Majoriti Kata Letak Lutut Dahulu Ketika Sujud


TATACARA SOLAT BERKUALITI

#13 SUJUD [BAHAGIAN 3]

ii. Letak Lutut Dahulu


Ibn Qayyim menyebut bahawa Nabi s.a.w. meletakkan kedua2 lututnya dahulu sebelum tangannya, kemudian dahinya dan hidungnya. Ini ialah yang sahih, yang diriwayatkan oleh Syuraik bin Abullah al-Nakha’ie, daripada ‘Asim bin Kulaib, daripada ayahnya, daripada Wail bin Hujr:

Maksudnya: “Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. apabila sujud, meletakkan kedua2 lututnya sebelum tangannya, dan apabila bangkit mengangkat kedua2 belah tangannya sebelum lutut.”
(Riwayat Abu Daud, al-Nasa’I, 2/207. Sahih oleh Ibn Hibban)

Hadis Syuraik agak kurang kuat. Bagaimanapun, Syeikh Syu’naib Arnout berkata, majoriti ahli ilmu memakai hadis ini dan beramal dengannya. Imam Syafi’I dan mazhab Syafi’I mengutamakan lutut dahulu, demikian adalah pendapat majoriti ulama.

Ibn Munzir berkata ia juga pandangan Umar al-Khattab, juga Sufyan al-Thawry, Ahmad, Ishak Rahawaih dan mazhab Hanafi.

Ibn Qayyim menguatkan hujahnya dengan menjelaskan bahawa unta apabila ingin turun, ia akan meletakkan tangannya dahulu, dan kakinya kekal berdiri, dan apabila ia bangkit, ia akan bangkit dengan kakinya dahulu. Inilah yang dilarang oleh Nabi s.a.w. dan kita diperintah untuk menyalahi unta tadi dan sesiapa yang mengamati bagaimana unta turun atau duduk, ia akan tahu sesungguhnya hadis Wail adalah yang tepat.

Kesimpulan

Imam al-Nawawi berkata: “Tidak nyata pada pandanganku pendapat yang lebih kuat.” Majoriti mazhab berfatwa untuk mendahulukan lutut adalah sunah, kemudian tangan, dahi dan hidung. Apabila ingin bangkit, tangan dahulu dan kemudian lutut.

Penulis berpendapat kedua2 cara ini boleh diikuti terutamanya jika mempunyai lebih keyakinan dengan salah satu hujahnya. Pendapat peribadi penulis lebih cenderung kepada pandangan menurunkan lutut terlebih dahulu.

FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3



Comments

Popular posts from this blog

Apakah Yang Perlu Ada Dalam Niat Solat Kita?

TATACARA SOLAT BERKUALITI #5 NIAT [BAHAGIAN 3] Kandungan Asas Niat Perkara terpenting yang wajib dibuat semasa niat solat fardu ialah al-qasad dan al-ta’yin. Iaitu mengehadkan jenis solat, seperti solat fardu atau sunat atau qada, dan nama solat contohnya Asar, atau Maghrib. Al-qasad adalah perlu bagi membezakannya dengan amalan lain. Manakala al-ta’yin perlu bagi membezakannya dengan solat2 yang lain. Kedua2 unsur ini adalah wajib semasa berniat bagi mazhab Syafi’i. manakala meniatkan solat fardu sebagai fardu pula ialah wajib juga menurut pendapat yang paling sahih dalam mazhab Syafi’I dan beberapa mazhab lain. Adapaun menisbahkan solat itu adalah “kerana Allah”, “bilangan rakaat” dan “tunai” bukan merupakan asas utama di dalam niat. Jesteru jika ia tertinggal atau ditinggalkan, ia tidak memberikan kesan kepada niat. Bagaimanapun jika solat sebagai imam, makmum, qasar, jamak dan sebagainya, ia perlu diniatkan sekali bersama2 unsur utama di atas. Jika...

Salah Satu Langkah Menghilangkan Rasa Ngilu Ketika 'Bersama'

1 Langkah Mudah Menghilangkan Rasa Ngilu Ketika Bersama Dengan Isteri Rasa ngilu sering kali menyebabkan kaum suami mudah mengalami klimaks (cepat pancut). Ada yang tak sampai 1 minit bersetubuh pun sudah klimaks. Lebih parah, selepas klimaks, ereksi (ketegangan zakar) terus hilang. Mudah kata barang terus jatuh. === 1 Langkah Mudah Menghilangkan Rasa Ngilu Ketika Bersama Dengan Isteri === Rahsia tersebut adalah dengan mengekalkan kualiti kesihatan dan kecergasan tubuh badan pada tahap terbaik. Ini adalah penting di dalam usaha untuk mencegah punca-punca lemah tenaga lelaki yang seperti Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Jabatan Pembedahan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia gariskan iaitu: 1.       Kencing manis. 2.       Masalah tekanan darah. 3.       Kolestrol tinggi. 4.       Masalah kesih...

Tidak Boleh Dibuat Keputusan Berdasarkan Pengakuan Sahaja

Hadis 33 Daripada Hadis 40 Nukilan Imam Nawawi (Bahagian 2)   Bukti Bagi Menuduh & Sumpah Bagi Mengingkari Hadis ini pada riwayat al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Ibn Abu Mulaikah mengatakan: “Ibn Abbas menulis bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah menetapkan sumpah untuk orang menyangkal dakwaan.” Pada riwayat lain disebutkan sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya manusia dikabulkan apa sahaja yang menjadi pengakuannya, nescaya orang akan mudah menuntut darah dan harta orang lain. Akan tetapi, sumpah itu untuk orang yang menyangkal dakwaan.” Hadis ini merupakan salah satu pokok hukum Islam dan sumber pegangan yang terpenting di kala terjadi perselisihan dan permusuhan antara orang2 yang bersengketa. ‘Suatu perkara tidak boleh diputuskan semata2 berdasarkan pengakuan atau tuntutan daripada seseorang.’ Hadis 40 Imam Nawawi, Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria. Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.my/...