TATACARA SOLAT BERKUALITI
#13 SUJUD [BAHAGIAN 8]
Kesimpulan Sujud
Pandangan yang lebih hampir dengan sifat solat Nabi SAW
adalah dengan mendedahkan dahi ke tempat sujud. Ia berdasarkan hadis sahih yang
jelas iaitu:
Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh
(anggota) tidak ditutupi oleh rambut dan baju.”
(Riwayat al-Bukhari)
(Riwayat al-Bukhari)
Adapun hadis sahabat sujud di atas hujung baju, ia hanyalah
dalam keadaan tertentu yang darurat sahaja, seperti panas, atau sejuk atau
batu2 agak tajam dan keras.
Manakala dalam keadaan biasa, elok mengambil azimah dan
keluar daripada khilaf. Demikianlah juga pandangan Imam Ahmad dan Ibn Qudamah.
Bagaimanapun ulama bersepakat mengatakan solat tidak batal
jika sujud beralas baju dan rambut, Cuma makruh dan kerana ia seolah2 seorang
yang takbur.
FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3
Artikel
sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com/2018/05/kedudukan-dahi-semasa-sujud.html

Comments
Post a Comment