TATACARA SOLAT
BERKUALITI
#12 IKTIDAL [BAHAGIAN 1]
Apabila selesai
melakukan rukuk, diteruskan pula dengan iktidal, iaitu bangkit berdiri tegak
dengan mengangkat kedua2 tangan hingga sampai ke bahu atau telinga dengan jari2
terbuka sedikit seperti ketika TAKBIRATULIHRAM seraya membaca tasmi’, iaitu
سمع
الله لمن حمده
Maksudnya: “Allah Maha
Mendengar sesiapa yang memuji-Nya.”
(Muttafaq ‘alaih)
Dalil
Perbuatan iktidal
adalah wajib menurut Abu Hanifah kerana ia kemestian secara automatic bagi seseorang
yang ingin menyempurnakan tamakninah. Namun majority ulama mazhab lain (mazhab
Malik, Syafi’i dan Ahmad), menganggapnya rukuk solat. Ia berdasarkan hadis:
Maksudnya: “Dan
kemudian bangun (daripada rukuk) dan berdiri tegak (sehingga setiap tulang kembali
ke tempatnya).”
(Riwayat al-Bukhari,
lafaz dalam kurungan riwayat Ahmad dan al-Hakim)
FORMULA SOLAT
SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3
Artikel
sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.com/2018/04/boleh-ke-baca-ayat-al-quran-ketika-rukuk.html
Sumber gambar = Berita Harian

Comments
Post a Comment