TATACARA SOLAT
BERKUALITI
#13 SUJUD [BAHAGIAN 5]
Kedudukan Hujung Jari
Kaki
Berdasarkan apa yang
dihuraikan oleh Imam al-Nawawi, anggota yang dikira ialah telapak bagi kedua2
tangan dan yang dikira bagi kaki ialah permukaan jari2 kaki, dan paling minima
untuk melaksanakan arahan daripada hadis di atas adalah jika ada satu jari yang
betul kedudukannya.
Ini bermakna kedudukan
hujung jari kaki mestilah seperti gambar pertama yang disediakan:
Jika jari kaki tidak
pada kedudukan sedemikian, adakah solat menjadi batal? Jawapannya berbeza
menurut ijtihad ulama seperti berikut:
·
Hanafi, Syafi’I (menurut al-Nawawi) dan Hanbali: Solat boleh
terbatal kerana ia anggota wajib.
·
Maliki: Tidak batal kerana anggota sujud yang wajib hanyalah
dahi.
Pandangan terpilih dan
yang lebih selamat ialah menjaga kedudukan jari kaki agar dibengkokkan
sebagaimana dalam gambar. Keluar daripada khilaf dan melakukan yang terbaik
untuk menuruti sunah Nabi s.a.w. adalah lebih elok.
FORMULA SOLAT
SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3
Artikel
sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.my/2018/05/tujuh-anggota-sujud.html

Comments
Post a Comment