Skip to main content

Kenceng Manih Menggugat Kebahagiaan..


Diabetes dalam kalangan pemuda semakin meningkat. Ia juga boleh menyebabkan kedudukan kita sebagai suami yang berumur muda tergugat!



TAHUKAH ANDA…

1.      Diabetes merupakan penyebab paling lazim kehilangan penglihatan (buta), kegagalan buah pinggang dan amputasi dalam kalangan orang dewasa di Malaysia?

2.      Diabetes mampu menyebabkan MATI PUCUK?

Selain itu, diabetes mampu membawa banyak komplikasi yang lain seperti menjejaskan saluran darah besar dan saluran darah kecil, kerosakan kekal kepada saluran darah kecil mata (retinopati), buah pinggang (nefropati), saraf (neuropati), menjejaskan jantung dan otak seterusnya membawa kepada strok.

==========
Apa yang boleh kita lakukan untuk mengatasinya?
==========

Cegah jauh lebih baik dari merawat inshaALLAH. Amalkan gaya hidup yang sihat. Itu adalah antara tindakan yang paling bijak dalam usaha kita mencegah penyakit ini. Kita perlu setkan di dalam kepala kita, ‘aku mesti sihat, seluruh ahli keluarga aku mesti sihat.’

Diet adalah cara paling penting untuk menurunkan tahap gula darah. Bukan bermakna perlu berhenti makan makanan yang kita suka tetapi kita perlulah imbangi pemakanan dengan senaman yang mencukupi.

Sekurang-kurangnya bersenamlah 15 minit sahaja, lima kali dalam seminggu. Antara senaman yang terbaik adalah senaman kardio di mana kita melatih diri kita bergerak dengan pantas, degupan jantung menjadi laju dan berpeluh.

Contoh senaman kardio adalah:

1.      Menunggang basikal.
2.      Joging.
Berdoa kepada ALLAH SWT & berusaha. Itu adalah pilihan yang tepat.

Jangan abaikan nasihat ini.

==========
“Siapa lagi yang mahu bebas dari lemah tenaga lelaki sepenuhnya?”
==========

Saya telah menyediakan pakej panduan untuk bebas sepenuhnya dari masalah lemah tenaga lelaki inshaALLAH.

PM saya sekarang. Jangan PM saya sekiranya anda tidak berminat untuk menjadi sihat & ‘power’ tanpa ubat kuat.

WHATSAPP -->
www.wasap.my/601113251990/BelajarSihatPower


Comments

Popular posts from this blog

Apakah Yang Perlu Ada Dalam Niat Solat Kita?

TATACARA SOLAT BERKUALITI #5 NIAT [BAHAGIAN 3] Kandungan Asas Niat Perkara terpenting yang wajib dibuat semasa niat solat fardu ialah al-qasad dan al-ta’yin. Iaitu mengehadkan jenis solat, seperti solat fardu atau sunat atau qada, dan nama solat contohnya Asar, atau Maghrib. Al-qasad adalah perlu bagi membezakannya dengan amalan lain. Manakala al-ta’yin perlu bagi membezakannya dengan solat2 yang lain. Kedua2 unsur ini adalah wajib semasa berniat bagi mazhab Syafi’i. manakala meniatkan solat fardu sebagai fardu pula ialah wajib juga menurut pendapat yang paling sahih dalam mazhab Syafi’I dan beberapa mazhab lain. Adapaun menisbahkan solat itu adalah “kerana Allah”, “bilangan rakaat” dan “tunai” bukan merupakan asas utama di dalam niat. Jesteru jika ia tertinggal atau ditinggalkan, ia tidak memberikan kesan kepada niat. Bagaimanapun jika solat sebagai imam, makmum, qasar, jamak dan sebagainya, ia perlu diniatkan sekali bersama2 unsur utama di atas. Jika...

Salah Satu Langkah Menghilangkan Rasa Ngilu Ketika 'Bersama'

1 Langkah Mudah Menghilangkan Rasa Ngilu Ketika Bersama Dengan Isteri Rasa ngilu sering kali menyebabkan kaum suami mudah mengalami klimaks (cepat pancut). Ada yang tak sampai 1 minit bersetubuh pun sudah klimaks. Lebih parah, selepas klimaks, ereksi (ketegangan zakar) terus hilang. Mudah kata barang terus jatuh. === 1 Langkah Mudah Menghilangkan Rasa Ngilu Ketika Bersama Dengan Isteri === Rahsia tersebut adalah dengan mengekalkan kualiti kesihatan dan kecergasan tubuh badan pada tahap terbaik. Ini adalah penting di dalam usaha untuk mencegah punca-punca lemah tenaga lelaki yang seperti Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Jabatan Pembedahan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia gariskan iaitu: 1.       Kencing manis. 2.       Masalah tekanan darah. 3.       Kolestrol tinggi. 4.       Masalah kesih...

Tidak Boleh Dibuat Keputusan Berdasarkan Pengakuan Sahaja

Hadis 33 Daripada Hadis 40 Nukilan Imam Nawawi (Bahagian 2)   Bukti Bagi Menuduh & Sumpah Bagi Mengingkari Hadis ini pada riwayat al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Ibn Abu Mulaikah mengatakan: “Ibn Abbas menulis bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah menetapkan sumpah untuk orang menyangkal dakwaan.” Pada riwayat lain disebutkan sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya manusia dikabulkan apa sahaja yang menjadi pengakuannya, nescaya orang akan mudah menuntut darah dan harta orang lain. Akan tetapi, sumpah itu untuk orang yang menyangkal dakwaan.” Hadis ini merupakan salah satu pokok hukum Islam dan sumber pegangan yang terpenting di kala terjadi perselisihan dan permusuhan antara orang2 yang bersengketa. ‘Suatu perkara tidak boleh diputuskan semata2 berdasarkan pengakuan atau tuntutan daripada seseorang.’ Hadis 40 Imam Nawawi, Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria. Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.my/...