FAEDAH DAN KEPENTINGAN PERKAHWINAN BAGI SEMUA INDIVIDU,
MASYARAKAT DAN BANGSA
Perkahwinan membawa kepada ketenangan dan kerehatan jiwa.
Ini menunjukkan kesempurnaan nikmat dan rahmat Allah atas makhlukNYA dengan
menjadikan mereka berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan. Dia menjadikan
kedua-duanya daripada jenis yang sama, mewujudkan antara mereka perasaan kasih
dan sayang, lalu mereka cenderung dan berasa tenteram antara satu sama lain.
Allah SWT telah
berfirman bermaksud:
“Antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan
berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Surah
anRum 30: 21)
*Ringkasan Keindahan Islam Hikmah-Hikmah di Sebalik
Pensyariatan oleh Dr. Abdul Basit Abd.Rahman ms 113/334.
Artikel sebelum ini ->
http://sspasli.blogspot.my/2017/12/azan-menolak-syaitan.html
Comments
Post a Comment