Skip to main content

Membaca Surah2 Yang Pendek Ketika Solat Berjemaah


TATACARA SOLAT BERKUALITI

#10 Membaca Surah2 Yang Pendek [BAHAGIAN 2]

BAGI SOLAT SENDIRIAN

Harus untuk membaca apa jua surah walau sepanjang manapun, asalkan ia dalam kemampuan mereka. Ia berdasarkan hadis di atas.

Jenis Surah


Adapun berkenaan jenis surah yang dibaca, Nabi s.a.w. tidak mengkhaskan mana2 solat dengan surah tertentu kecuali solat Jumaat, Aidilfitri dan Aidiladha sahaja. Justeru, bebas untuk membaca apa jua surah bagi solat2 tertentu.

Kaedah Bacaan

Baginda Nabi s.a.w. membaca surah dengan menghabiskan satu surah dalam satu solat sama ada panjang atau pendek. Baginda juga kadang2 menggunakan dua rakaat bagi menamatkan sesuatu surah agar tidak begitu panjang. Adakalanya juga Baginda membaca awal, tengah dan akhir surah. Baginda juga memanjangkan bacaan dalam solat Subuh kerana bacaan ketika itu dipersaksikan oleh para malaikat.

Membaca Mengikut Tertib Surah

Lebih elok untuk mengikut tertib susunan surah al-Quran. Ini adalah kerana susunan itu datang daripada Allah s.a.w. Malah terdapat athar yang menunjukkan kurang eloknya mengabaikan susunan tertib surah ini sebagaimana disebutkan daripada Ibn Mas’ud:
Maksudnya: “Sesungguhnya ditanyakan kepada Umar al-Khattab r.a. berkenaan mereka yang membaca al-Quran tidak mengikut susunan (dalam solat). Jawab Umar: Itulah orang yang terbalik hatinya.”
(Riwayat al-Tabrani)

Bagaimanapun jika ada yang membaca tidak mengikut susunan ia tidaklah haram. Ini jelas daripada sebuah dalil yang menunjukkan Nabi sendiri pernah membaca tidak mengikut susunan. Justeru, mengikut tertib ini kekal sebagai perkara digalakkan dan sunat sahaja.

Bacaan Surah Pada Rakaat Ketiga Dan Keempat

Tidak disunatkan untuk membaca surah pada rakaat ketiga dan keempat. Demikian menurut jumhur ulama termasuk empat mazhab. Menurut Ibn Sirin mengatakan, “Tidak kuketahui ada yang menyalahi pendapat ini.”

FORMULA SOLAT SEMPURNA, UST. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN
BAB 3


Sumber gambar -> https://www.thepatriots.asia/fakta-fakta-menarik-mengenai-al-quran/


Comments

Popular posts from this blog

Apakah Yang Perlu Ada Dalam Niat Solat Kita?

TATACARA SOLAT BERKUALITI #5 NIAT [BAHAGIAN 3] Kandungan Asas Niat Perkara terpenting yang wajib dibuat semasa niat solat fardu ialah al-qasad dan al-ta’yin. Iaitu mengehadkan jenis solat, seperti solat fardu atau sunat atau qada, dan nama solat contohnya Asar, atau Maghrib. Al-qasad adalah perlu bagi membezakannya dengan amalan lain. Manakala al-ta’yin perlu bagi membezakannya dengan solat2 yang lain. Kedua2 unsur ini adalah wajib semasa berniat bagi mazhab Syafi’i. manakala meniatkan solat fardu sebagai fardu pula ialah wajib juga menurut pendapat yang paling sahih dalam mazhab Syafi’I dan beberapa mazhab lain. Adapaun menisbahkan solat itu adalah “kerana Allah”, “bilangan rakaat” dan “tunai” bukan merupakan asas utama di dalam niat. Jesteru jika ia tertinggal atau ditinggalkan, ia tidak memberikan kesan kepada niat. Bagaimanapun jika solat sebagai imam, makmum, qasar, jamak dan sebagainya, ia perlu diniatkan sekali bersama2 unsur utama di atas. Jika...

Salah Satu Langkah Menghilangkan Rasa Ngilu Ketika 'Bersama'

1 Langkah Mudah Menghilangkan Rasa Ngilu Ketika Bersama Dengan Isteri Rasa ngilu sering kali menyebabkan kaum suami mudah mengalami klimaks (cepat pancut). Ada yang tak sampai 1 minit bersetubuh pun sudah klimaks. Lebih parah, selepas klimaks, ereksi (ketegangan zakar) terus hilang. Mudah kata barang terus jatuh. === 1 Langkah Mudah Menghilangkan Rasa Ngilu Ketika Bersama Dengan Isteri === Rahsia tersebut adalah dengan mengekalkan kualiti kesihatan dan kecergasan tubuh badan pada tahap terbaik. Ini adalah penting di dalam usaha untuk mencegah punca-punca lemah tenaga lelaki yang seperti Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Jabatan Pembedahan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia gariskan iaitu: 1.       Kencing manis. 2.       Masalah tekanan darah. 3.       Kolestrol tinggi. 4.       Masalah kesih...

Tidak Boleh Dibuat Keputusan Berdasarkan Pengakuan Sahaja

Hadis 33 Daripada Hadis 40 Nukilan Imam Nawawi (Bahagian 2)   Bukti Bagi Menuduh & Sumpah Bagi Mengingkari Hadis ini pada riwayat al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Ibn Abu Mulaikah mengatakan: “Ibn Abbas menulis bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah menetapkan sumpah untuk orang menyangkal dakwaan.” Pada riwayat lain disebutkan sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya manusia dikabulkan apa sahaja yang menjadi pengakuannya, nescaya orang akan mudah menuntut darah dan harta orang lain. Akan tetapi, sumpah itu untuk orang yang menyangkal dakwaan.” Hadis ini merupakan salah satu pokok hukum Islam dan sumber pegangan yang terpenting di kala terjadi perselisihan dan permusuhan antara orang2 yang bersengketa. ‘Suatu perkara tidak boleh diputuskan semata2 berdasarkan pengakuan atau tuntutan daripada seseorang.’ Hadis 40 Imam Nawawi, Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria. Artikel sebelum ini -> http://sspasli.blogspot.my/...